Thursday, September 07, 2006

Perkenalan di zaman sekolah...cukup manis kenangan itu dan sukar untuk dilupakan...ia hadir tanpa aku sedari dan saat ketika A' melafazkan 3 kata keramat itu, ia masih terngiyan di telingaku sampai sekarang...kusangkakan saat manis itu akan berkekalan sekali pun bukan untuk jangka masa yang lama tapi sekurang-kurangnya bukanlah dalam tempoh setahun perhubungan kami...ku akui tempoh setahun itu cukup membuatkan aku bahagia berkenalan dan bercinta dengannya...tetapi tidak kusangka-sangkakan rupanya perhubungan kami dihidu oleh orang yang penuh dengan hasad & dengki...hal ini ku tahu dari A' dan ku andaikan bahawa apa yang di perkatakannya itu adalah benar...dan kerana hal itu aku relakan perpisahan ini...walau hanya aku diputuskan dengan satu pesanan ringkas SMS di hari yang tidak kusangka-sangkakan...

Sejak itu, aku terima hakikat bahawa kami telah tiada apa-apa hubungan lagi.. Aku Keliru! andai kata kami telah berpisah tetapi KeNaPa A' masih lagi mengambil berat terhadapku? setahun lamanya kami masih berhubung dan ia terus membuatkan aku bertambah keliru...KENAPA dia masih lagi begitu mengambil berat dan Risau terhadapku?..ekoran dari itu, aku telah berikan peluang ke-2 untuknya...di suatu petang dengan hanya berbual di telepon, aku telah berikan dia peluang itu...maka kami telah menyambung kembali hubungan yang telah terputus setahun yang lalu..sudah ku ingatkan untuknya bahawa peluang cuma ada 2 dan tiada untuk seterusnya...dan dia amat jelas akan hal itu...

Peluang ke-2...amat manis juga di awal perhubungan kami...walaupun kami berjauhan tapi kurasakan amat dekat sekali dengannya...berjumpa jarang sekali sekadar berbual dan bersms di telepon bimbit sahaja...tetapi itu semua sudah cukup membuatkan aku merasa bahagia dan amat menyayangi dirinya...dan ku kira dia juga begitu...tetapi sekali lagi hal dulu terjadi...dia sudah mula jarang menghubungiku..hal itu aku cuba faham dan memujuk diri sendiri..."xpelah dia keje mungkin sibuk n' bile balik keje penat nak rehat plak..xpyh lah kacau"...itu lah ayat yang selalu memujuk diriku di kala dia mulai jarang menghubungiku...SEDIH, RINDU, SAYANG, BENCI, FRUST semua rasa itu ada dalam diriku tika itu..tetapi pada siapa harus aku luahkan?...aku terlalu mengharapkan perhatian dan perkhabaran darinya...tetapi sia-sia ku menanti...berpuluh sms di hantar bertanya khabar dirinya tetapi satu pun tidak dibalas...akhirnya di malam yang sunyi aku menerima SMS darinya...perhubungan kami sekali lagi di putuskan dengan hanya menggunakan SMS...canggihkan teknologi...bisa buatkan manusia tidak menghiraukan lagi perasaan manusia yang lain...cara yang cepat dan jimatkan?...Dimanakah sifat berani itu? KENAPA di saat mahukan perhubungan ini dulu bukan main berani dan macho sekali lagaknya...tetapi bila mahu memutuskan cukup senang sekali...TERIMA KASIH untuk kedua kali ini...

Aku tertanya-tanya di manakah silapku? walau tiada jawapannya tetapi aku menerima perpisahan ini..andai ini yang di pinta dan bisa buatkan dia bahagia...perkiraan ku setelah itu, aku kira kami masih lagi boleh berkawan seperti dahulu...tetapi perkiraan ku kali ini meleset sama sekali...SMS terakhir dariku bertanyakan khabar darinya...mendapat balasan yang begitu mengguriskan hati ku...DIA AKAN BERKAHWIN DENGAN GADIS PILIHAN KELUARGANYA... hal ini terjadi belum pun genap sebulan perpisahan kami...Terima kasih sekali lagi…dengan ini cukup 3 kali dia mengguriskan hatiku dengan hanya menggunakan pesanan ringkas SMS…di manakah sifat semulajadi seorang lelaki yang berani? Kenapa cukup senang sekali melukakan hati seorang perempuan..jika dulu aku disayangi dan dicintai tetapi sekarang apa salahku aku di buang dengan tiada kedengaran kata – kata dari mulutnya tetapi aku diguris dengan ayat-ayat SMS…apakah nilai hatiku ini sama nilainya dengan 1 sen SMS itu? Emm…cukup murahkan…TETAPI HARGA DIRI KU TIDAK SEMURAH ITU…dari malam itu aku tidak lagi menitiskan air mata untuknya lagi…itu tekad ku…ALHAMDULILLAH..aku redha dengan perpisahan ini dan aku sekarang kembali ceria di samping teman-temanku yang selalu memberikan kata-kata semangat untuk bangkit dari kekecewaan ini...Jangan mudah patah semangat kerana perjalanan hidupku ini masih panjang…dan aku sekarang sedang menuju kejayaan sebagai seorang Mahasiswa IPTA…jadi aku akan pastikan AKU AKAN BERJAYA DENGAN CEMERLANG dan LUPAKAN KENANGAN LALU…
KECEMERLANGAN INI ADALAH HADIAH KU UNTUK KELUARGA TERSAYANG & HADIAH UNTUK DIRI SENDIRI ADALAH AKU AKAN TERUS MENYAMBUNG PELAJARAN KU KE PERINGKAT DOKTOR FALSAFAH…INSYAALLAH…aku berdoa semoga ALLAH memudahkan segala urusanku ini dan juga urusan mereka – mereka yang sudi membaca luahan hatiku ini AMIN…